Istilah penting XML

Bahan yang ditampilkan di bahagian ini berlandaskan Spesifikasi XML. Ia bukan senarai menyeluruh kesemua binaan yang terdapat dalam XML dan hanya menunujukkan binaan-binaan penting yang sering ditemui dalam penggunaan seharian XML. use.

Aksara (Unicode) Mengikut definisinya, sebuah dokumen XML ialah rentetan aksara. Hampir kesemua aksara Unicode sah boleh hadir dalam dokumen XML.Pemproses dan aplikasiPemproses menganalisis bahasa penanda dan memanjangkan maklumat berstruktur kepada sebuah aplikasi. Spesifikasi meletakkan keperluan tentang apa perlu dilakukan dan tidak boleh dilakukan pemproses, akan tetapi aplikasi berada di luar skop spesifikasi. Pemproses (seperti yang digelar spesifikasi) lazim dipanggil XML parser (penghurai XML) dalam bahasa basahan.Bahasa penanda dan kandunganAksara yang terkandung dalam dokumen XML dibahagikan kepada bahasa penanda dan kandungan. Kedua-dua ini dapat dibezakan melalui peraturan sintaksis mudah. Secara amnya, rentetan aksara yang menjadi penanda bermula sama ada dengan kod aksara < dan akhir dengan >, ataupun bermula dengan dengan aksara & dan berakhir dengan ;. Rentetan aksara yang bukan penanda dikira kandungan. Namun, dalam seksyen CDATA, pembatas <![CDATA[ dan ]]> diklasifikasikan sebagai penanda, sementara teks di antara aksara-aksar tersebut diklasifikasikan sebagai kandungan. Tambahan, ruang putih sebelum dan selepas unsur yang paling luar diklasifikasikan sebagai penanda.TegBinaan penanda yang bermula dengan < dan akhir dengan >. Terdapat tiga jenis teg:
  • Teg mula (start-tags); misalan: <section>
  • Teg akhir (end-tags); misalan: </section>
  • Teg unsur kosong (empty-element tags); misalan: <line-break />
UnsurSebuah komponen logik dokumen bermula sama ada dengan teg mula dan berakhir dengan teg akhir sepadan ataupun mengandungi hanya teg unsur osong. Aksara di-antara teg-teg mula dan akhir, jika ada, merupakan kandungan unsur tersebut, dan boleh mengandungi penanda termasuklah unsur-unsur lain yang digelar unsur anak. Sebuah contoh ialah <Greeting>Helo, dunia.</Greeting>. Sebuah lagi ialah <line-break />.AtributBinaan penanda yang terdiri daripada pasangan nama/nilai yang terkandung dalam teg mula atau teg unsur kosong. Dalam contoh di bawah, unsur img memiliki dua atribut, src dan alt:
<img src="madonna.jpg" alt='Foligno Madonna, by Raphael'/>
Satu lagi contoh:
<step number="3">Sambungkan A kepada B.</step>
di mana nama atribut ialah number dan nilai ialah 3.Pengisytiharan XMLDokumen XML dapat bermula dengan mengisytiharkan maklumat tentang dokumen itu sendiri:
<?xml version="1.0" encoding="UTF-8" ?>

Rujukan

WikiPedia: XML http://teknologi-maklumat.com/wiki/XML http://www.dblab.ntua.gr/~bikakis/XML%20and%20Sema... http://web.archive.org/web/20110514120305/http://d... http://web.archive.org/web/20110726002036/http://d... http://www.tbray.org/ongoing/When/200x/2003/04/26/... http://www.w3.org/Consortium/Legal/2002/copyright-... http://www.w3.org/International/questions/qa-contr... http://www.w3.org/TR/2006/REC-xml11-20060816/ http://www.w3.org/TR/2008/REC-xml-20081126/ http://www.w3.org/TR/2008/REC-xml-20081126/#NT-Att...